PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

SOALAN LAZIM FULL

Permohonan

  1. Bagaimanakah untuk memohon unit Rumah PPAM?

    Jawapan :

  2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon PPAM?

    Jawapan : Pemohon hanya perlu melengkapkan maklumat profil, butiran permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen seperti yang berikut:

    1. Salinan kad pengenalan
    2. Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
    3. Salinan slip gaji terkini
    4. Salinan kad pesara (bagi pesara dan permohonan anak pesara)
    5. Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)
  3. Bilakah permohonan untuk membeli unit Rumah PPAM dibuka?

    Jawapan : Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

  4. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

    Jawapan : Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile PPAM dengan merujuk kepada status permohonan.

  5. Apakah maksud status pemohonan saya?

    Jawapan : Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

    1. Lengkap : Sedang disemak oleh Unit PPAM.

    2. Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya, undian semula akan dilaksanakan sekiranya terdapat kekosongan unit pada masa akan datang.

    3. Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.

    4. Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

  6. Bila keputusan permohonan akan diperoleh?

    Jawapan : Keputusan permohonan boleh disemak dalam tempoh 14 hingga 30 hari dari tarikh iklan ditutup di laman web PPAM. Ia juga tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

  7. Mengapa skim Jawatan saya tiada dalam senarai?

    Jawapan : Sila TAIP skim perkhidmatan dan gred pemohon dalam ruang ‘Cari Skim Perkhidmatan’.

    Contoh : Pembantu Tadbir (N19)

  8. Mengapa saya tidak dapat mengemaskini/akses maklumat dalam laman web PPAM?

    Jawapan : Pemohon disarankan menggunakan komputer/komputer riba dengan prestasi rangkaian internet yang stabil dan menggunakan Google Chrome.

  9. Saya adalah seorang anak pesara. Bolehkah saya memohon PPAM?

    Jawapan : Boleh dengan syarat pesara tersebut masih hidup, mempunyai Kad Pesara dan hanya seorang anak sahaja boleh ditawarkan PPAM (sekiranya berjaya).

  10. Bagaimanakan untuk memohon di bawah Skim Anak Pesara?

    Jawapan : Sila rujuk panduan: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/anak_pesara_v1_0.pdf

  11. Saya cuba mendaftar akaun PPAM, walau bagaimanapun terdapat mesej paparan "kad pengenalan telah wujud"?

    Jawapan : Maklumat pemohon telah didaftarkan. Sila semak e-mel yang pernah didaftarkan dan mulakan proses lupa kata laluan untuk mengakses ke dalam akaun PPAM.

  12. Sekiranya saya terlupa kata laluan/emel bagaimanakah saya boleh set semula (reset) akaun saya?

    Jawapan :

    • Lupa kata laluan : Klik pada ""Lupa Kata Laluan"" untuk reset kata laluan dan semak e-mel yang digunakan untuk pendaftaran untuk mendapatkan notifikasi.

    • Reset e-mel : Emel ke bantuan.ppam@jpm.gov.my untuk semak e-mel yang pernah didaftarkan.

    Sila maklumkan sekiranya terdapat pindaan kepada e-mel. Sila gunakan e-mel peribadi (keutamaan Gmail dan Yahoo) untuk pendaftaran.

  13. Mengapa saya tidak menerima e-mel pengaktifan akaun?

    Jawapan : Proses pengaktifan akaun perlu dimulakan semula untuk menerima e-mel tersebut. Sila rujuk: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pengaktifan_akaun.pdf

  14. Jika saya tersalah isi maklumat profil, bagaimanakah cara-cara untuk membuat pembetulan tersebut? (Contoh: ejaan nama/ alamat surat menyurat)

    Jawapan : Sila log masuk ke dalam akaun PPAM dan kemaskini maklumat terkini. Walau bagaimanapun untuk setiap permohonan yang telah ditekan butang "Hantar" dan berstatus lengkap, maklumat permohonan tersebut tidak boleh dibuat sebarang pindaan.

  15. Bolehkah saya memohon projek yang telah ditutup?

    Jawapan : Permohonan bagi projek yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.

Projek

  1. Dimanakah lokasi Projek PPAM?

    Jawapan : Projek PPAM dibina di seluruh Malaysia.

  2. Berapakah harga rumah PPAM?

    Jawapan : Harga rumah PPAM bermula daripada RM90,000 sehingga RM300,000 bagi unit standard dan tertakluk kepada lokasi dan saiz rumah.

  3. Apakah jenis dan saiz rumah PPAM?

    Jawapan : Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah pangsapuri, teres, berkembar, rumah bandar, kluster dan banglo dengan keluasan sekurang-kurangnya 900 kaki persegi (kps).

  4. Saya tidak ditawarkan. Bolehkah saya membuat rayuan?

    Jawapan : Boleh. Rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan. Sila kemukakan rayuan lengkap dengan nama penuh, nombor kad pengenalan dan sebab-sebab rayuan melalui e-mel bantuan.ppam@jpm.gov.my

Bayaran & Pinjaman

  1. Bolehkah saya memasukkan penama kedua dalam Perjanjian Jual dan Beli?

    Jawapan : Boleh. Sila maklumkan kepada pemaju untuk urusan memasukkan penama kedua di dalam Perjanjian Jual dan Beli.

  2. Apakah institusi kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pinjaman pembayaran rumah PPAM?

    Jawapan : Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), bank konvensional, koperasi kerajaan atau lain-lain institusi kewangan yang diiktiraf.

  3. Berapa lamakah Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) untuk projek PPAM?

    Jawapan : Tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] iaitu 24 bulan daripada tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong (Vacant Possession - VP) kecuali Sabah dan Sarawak (18 Bulan).

  4. Berapakah yuran penyelengaran bagi rumah strata?

    Jawapan : Yuran penyelenggaraan adalah bergantung kepada penetapan oleh pemaju/Badan Pengurusan berdasarkan kepada kadar penyelenggaraan semasa.

  5. Adakah saya boleh menjual unit rumah PPAM yang telah saya miliki?

    Jawapan : Unit PPAM dikenakan moratorium iaitu tidak boleh dijual atau dipindah milik bagi tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli ditandatangani.

Lain-lain

  1. Siapa agensi pelaksana PPAM?

    Jawapan :

    Sebelum tahun 2023, semua projek PPAM selain di Putrajaya, adalah diuruskan oleh Unit PPAM, Jabatan Perdana Menteri. Manakala bagi projek PPAM di Putrajaya, ia dilaksanakan dan diuruskan oleh Perbadanan Putrajaya. Namun, mulai tahun 2023, Unit PPAM Jabatan Perdana Menteri adalah Agensi yang bertanggungjawab secara keseluruhan dan merupakan menjadi single point of contact bagi pelaksanaan PPAM di seluruh Malaysia.

  2. Jika saya pernah menolak/membatalkan tawaran adakah saya disenarai hitamkan daripada memohon projek PPAM?

    Jawapan : Pemohon akan disenarai hitam sekiranya telah menolak/membatalkan melebihi tiga (3) kali tawaran PPAM.

  3. Bolehkah saya memohon semula projek sama yang telah ditolak/dibatalkan sebelum ini?

    Jawapan : Tidak boleh.

  4. Bolehkah saya membuat penukaran Jenis Rumah / Projek PPAM?

    Jawapan : Tidak Boleh. Setelah menghantar permohonan PPAM, sebarang penukaran projek/fasa/jenis rumah lain adalah tidak dibenarkan.

  5. Bolehkah saya membatalkan tawaran berstatus "Tawaran Diterima"?

    Jawapan : Boleh, Sila kemukakan permohonan pembatalan secara rasmi melalui emel kepada bantuan.ppam@jpm.gov.my.

  6. Adakah pemohon boleh membuat pembatalan penawaran tetapi telah tandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB)? Sekiranya boleh dokumen apa yang perlu disediakan?

    Jawapan : Berikut adalah langkah pembatalan penawaran seandainya menandatangani PJB:

    1. Pemohon perlu mengemukakan melalui emel surat rasmi kepada pemaju bagi permohonan pembatalan unit PPAM dengan beserta alasan yang kukuh bagi pembatalan unit tersebut.
    2. Pemohon perlu membuat Pembatalan PJB antara pemaju dan pemohon dengan mengemukakan alasan dan sebab pembatalan tersebut.
    3. Pemaju perlu mengemukakan surat bertulis kepada PPAM berkaitan dengan pembatalan unit PPAM pemohon sekiranya pemaju tiada halangan untuk menerima pembatalan tersebut.
  7. Adakah pemohon dibenarkan menyewa unit PPAM?

    Jawapan : Untuk makluman, tiada sebarang klausa yang menghalang untuk pembeli menyewakan unit PPAM kerana itu adalah hak pemilik.

  8. Lain-lain pertanyaan.

    Jawapan : Mohon email ke bantuan.ppam@jpm.gov.my atau sila hubungi nombor +603-8880 5002.

PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 Podium, Lot 2G6, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62652 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA

Pelawat :
Hari Ini
721
Bulan Ini
24,703
Jumlah Pelawat
6,504,416
Tarikh Akhir Kemaskini: 22/01/2024
Hak Cipta Terpelihara 2018. Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Sesuai dipapar menggunakan Chrome versi terkini dengan paparan 1280x800.