Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia   A- | A | A+

PENGENALAN

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.


OBJEKTIF

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.


FUNGSI

Bahagian PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Bahagian PPAM, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.

Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:


KONSEP

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.


GARIS PANDUAN

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPAM menjelang tahun 2018.