Bagaimanakah untuk memohon unit Rumah PPAM?
Jawapan :
Semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
Tiada borang secara manual.
Pemohon boleh merujuk manual pengguna di http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon PPAM?
Jawapan : Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:
Salinan kad pengenalan
Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
Salinan slip gaji terkini
Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)
Bilakah permohonan untuk membeli unit Rumah PPAM dibuka?
Jawapan : Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
Jawapan : Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem PPAM adalah seperti berikut:
Apakah maksud status pemohonan saya?
Jawapan : Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-
Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.
Bila keputusan permohonan akan diperoleh?
Jawapan : Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima..
Mengapa skim Jawatan saya tiada dalam senarai?
Jawapan : Sila TAIP skim perkhidmatan dan gred pemohon dalam ruang ‘Cari Skim Perkhidmatan’.
Contoh : Pembantu Tadbir (N19)
Mengapa saya tidak dapat mengemaskini/akses maklumat dalam laman web PPAM?
Jawapan : Pemohon disarankan menggunakan komputer/komputer riba dengan prestasi rangkaian internet yang stabil dan menggunakan Google Chrome.
Saya adalah seorang anak pesara. Bolehkah saya memohon PPAM?
Jawapan : Boleh dengan syarat pesara tersebut masih hidup, mempunyai Kad Pesara dan hanya seorang anak sahaja boleh ditawarkan PPAM (sekiranya berjaya).
Bagaimanakan untuk memohon dibawah Skim Anak Pesara?
Jawapan : Sila rujuk panduan: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/anak_pesara_v1_0.pdf
Saya cuba mendaftar akaun PPAM, walau bagaimanapun terdapat mesej paparan "kad pengenalan telah wujud"?
Jawapan : Maklumat pemohon telah didaftarkan. Sila semak emel yang pernah didaftarkan dan mulakan proses lupa kata laluan untuk mengakses ke dalam akaun PPAM.
Sekiranya saya terlupa kata laluan/emel bagaimanakah saya boleh reset kembali akaun saya?
Jawapan : Emel ke bantuan.ppam@kpkt.gov.my untuk semak emel yang pernah didaftarkan.
Sila maklumkan sekiranya terdapat pindaan kepada emel. Sila gunakan emel peribadi (keutamaan Gmail dan Yahoo) untuk pendaftaran.
Mengapa saya tidak menerima emel pengaktifan akaun?
Jawapan : Proses pengaktifan akaun perlu dimulakan semula untuk menerima emel tersebut. Sila rujuk: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pengaktifan_akaun.pdf
Jika saya tersalah isi maklumat profil, bagaimanakah cara-cara untuk membuat pembetulan tersebut? (Contoh: ejaan nama/ alamat surat menyurat)
Jawapan : Sila log masuk ke dalam akaun PPAM dan kemaskini maklumat terkini. Walau bagaimanapun untuk setiap permohonan yang telah ditekan hantar dan berstatus lengkap, maklumat permohonan tersebut tidak boleh dibuat sebarang pindaan.
Bolehkah saya memohon projek yang telah ditutup?
Jawapan : Permohonan bagi projek yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.
Dimanakah lokasi Projek PPAM?
Jawapan : Projek PPAM dibina di seluruh Malaysia.
Berapakah harga rumah PPAM?
Jawapan : Harga rumah PPAM bermula daripada RM90,000 sehingga RM300,000 bagi unit standard dan tertakluk kepada lokasi dan saiz rumah.
Apakah jenis dan saiz rumah PPAM?
Jawapan : Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah pangsapuri, teres, berkembar, rumah bandar, kluster dan banglo dengan keluasan bermula dari 850kps sehingga 1,500kps
Saya tidak ditawarkan. Bolehkah saya membuat rayuan?
Jawapan : Boleh dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan. Sila kemukakan permohonan rayuan lengkap dengan nama penuh, no kad pengenalan dan sebab-sebab rayuan dan diemelkan kepada bantuan.ppam@kpkt.gov.my
Bolehkah saya memasukkan penama kedua dalam Perjanjian Jual dan Beli?
Jawapan : Boleh. Sila maklumkan kepada pemaju untuk urusan memasukkan penama kedua di dalam Perjanjian Jual dan Beli.
Apakah institusi kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pinjaman pembayaran rumah PPAM?
Jawapan : Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), bank konvensional, koperasi kerajaan atau lain-lain institusi kewangan yang diiktiraf.
Berapa lamakah Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) untuk projek PPAM?
Jawapan : Tertakluk kepada Akta 118 iaitu 24 bulan daripada tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong (Vacant Possession) kecuali Sabah dan Sarawak (18 Bulan).
Berapakah yuran penyelengaran bagi rumah strata?
Jawapan : Yuran penyelenggaraan adalah bergantung kepada penetapan oleh pemaju/Badan Pengurusan berdasarkan kepada kadar penyelenggaraan semasa.
Adakah saya boleh menjual unit rumah PPAM yang telah saya miliki?
Jawapan : Tidak boleh, Unit-unit PPAM dikenakan moratorium iaitu tidak boleh dipindahmilik bagi tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli ditandatangani.
Siapa agensi pelaksana PPAM?
Jawapan :
Bagi projek PPAM selain Putrajaya, ianya diuruskan oleh Jabatan Perumahan Negara, KPKT.
Bagi projek PPAM di Putrajaya, ia diuruskan oleh Perbadanan Putrajaya
Jika saya pernah menolak/membatalkan tawaran adakah saya disenarai hitamkan daripada memohon projek PPAM?
Jawapan : Pemohon akan disenarai hitam sekiranya telah menolak/membatalkan melebihi 3 kali tawaran PPAM.
Bolehkah saya memohon semula projek sama yang telah ditolak/dibatalkan sebelum ini?
Jawapan : Tidak boleh.
Bolehkah saya membuat penukaran Jenis Rumah / Projek PPAM?
Jawapan : Tidak Boleh. Setelah menghantar permohonan PPAM, sebarang penukaran projek/fasa/jenis rumah lain adalah tidak dibenarkan.
Bolehkah saya membatalkan tawaran berstatus "Tawaran Diterima"?
Jawapan : Boleh, Sila kemukakan permohonan pembatalan secara rasmi melalui emel kepada bantuan.ppam@kpkt.gov.my
Lain-lain pertanyaan.
Jawapan : Mohon email ke bantuan.ppam@kpkt.gov.my, hubungi talian 1MOCC (03-80008000) atau isikan aduan di laman https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk.
Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 30, No.51 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia