PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

PENGENALAN

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

OBJEKTIF

Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

FUNGSI

Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (PPAM) bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (PPAM) dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.

Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program PPAM
  • "Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM;
  • Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
  • Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan PPAM dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM

KONSEP

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

GARIS PANDUAN

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPAM menjelang tahun 2018.

PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 Podium, Lot 2G6, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62652 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA

Pelawat :
Hari Ini
455
Bulan Ini
24,437
Jumlah Pelawat
6,504,150
Tarikh Akhir Kemaskini: 22/01/2024
Hak Cipta Terpelihara 2018. Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Sesuai dipapar menggunakan Chrome versi terkini dengan paparan 1280x800.