PPAM adalah skim pemilikan perumahan. Inisiatif ini telah dilancarkan pada tahun 2013 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Objektif

Menyediakan peluang pemilikan aset rumah yang berkualiti kepada penjawat awam di lokasi yang strategik pada harga lebih rendah daripada harga pasaran

Fungsi dan Peranan

Perancangan, Pengurusan Insentif, Penawaran, Pemantauan dan Khidmat Pelanggan.
"Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM
Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas

Konsep PPAM

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga bawah pasaran.
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Garis Panduan

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 kerajaan mensasarkan untuk menyediakan 28,000 unit kediaman di bawah skim PPAM