PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
PROFIL PROJEK
PPAM MUARA TUANG
KUCHING, SARAWAK

RUMAH BANDAR UNIT ATAS JENIS B ( LOT TENGAH )

HARGA DARI

RM259,908

Bil Unit
51
Keluasan Unit (kps)
1138
Bil Bilik Tidur
3
Bil Bilik Mandi
3
Pelan Lantai :

RUMAH BANDAR UNIT BAWAH JENIS B ( LOT TENGAH )

HARGA DARI

RM264,900

Bil Unit
51
Keluasan Unit (kps)
1138
Bil Bilik Tidur
3
Bil Bilik Mandi
3
Pelan Lantai :

Logo Projek :

Maklumat Pemaju :
Nama Pemaju
BLESSED BUILDERS SDN BHD
No Telefon
082367884
No Fax
082368804
Alamat

LOT 353, 1ST FLOOR, TABUAN LARU COMMERCIAL CENTRE
LORONG 4B, OFF JALAN SETIA RAJA
93350 KUCHING, SARAWAK


Ringkasan Projek :
Jumlah Unit
102
Keluasan Tapak Projek
30.00
Status Tanah
Persekutuan
Status Rezab Tanah
Bukan Rezab Melayu
Tarikh Tutup Permohonan
30/07/2020

Muat Turun Brosur :

Keterangan Projek :

PPAM MUARA TUANG ADALAH PEMBANGUNAN PROJEK PPAM YANG PERTAMA DI SARAWAK. PROJEK INI AKAN DIBANGUNKAN DI KAWASAN TUANG LAND DISTRICT, KUCHING, SARAWAK DENGAN KELUASAN 30 EKAR. TAPAK PEMBINAAN INI TERLETAK DI DAERAH MUARA TUANG SERTA JARAK DARI BANDARAYA KUCHING ADALAH 17KM DAN 7KM DARI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING. SELAIN ITU, PEMILIK KEDIAMAN JUGA BOLEH MENDAPATKAN AKSES UNTUK PELBAGAI KEMUDAHAN SEPERTI KESIHATAN, PENDIDIKAN, PENGANGKUTAN DAN KEMUDAHAN ASAS DALAM LINGKUNGAN 20KM DARI LOKASI TAPAK. LOKASI TAPAK BOLEH DIAKSES MELALUI JALAN TAMAN INDAH JAYA YANG MENGHUBUNGI JALAN DATUK MOHAMMAD MUSA DAN JALAN KUAP YANG BERHUBUNG DENGAN LEBUHRAYA KUCHING-SERIAN. LOKASI TAPAK YANG STRATEGIK PASTI AKAN MENARIK MINAT PELANGGAN DI SAMPING REKAAN RUMAH YANG MODEN, BERSIFAT KONTEMPORARI DAN SELESA. PROJEK INI MENYEDIAKAN KEDIAMAN YANG TERDIRI DARIPADA 246 UNIT RUMAH BANDAR 3 TINGKAT DAN 94 UNIT RUMAH TERES 2 TINGKAT. RUMAH BANDAR 3 TINGKAT DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN, UNTUK DUA ISI RUMAH DENGAN KELUASAN 1,138 KAKI PERSEGI. RUMAH BANDAR INI TERLETAK DI DALAM KAWASAN YANG BERPAGAR DAN DIKAWAL RAPI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN DILENGKAPI DENGAN PONDOK PENGAWAL. RUMAH TERES 2 TINGKAT PULA TERLETAK BERSEBELAHAN DENGAN KAWASAN RUMAH BANDAR 3 TINGKAT DENGAN KELUASAN 1,360 KAKI PERSEGI SEUNIT. HARGA JUALAN PERUMAHAN INI ADALAH LEBIH RENDAH DARIPADA HARGA PASARAN IAITU BERMULA DARIPADA RM259,000.00 HINGGA RM287,793.00 BAGI RUMAH BANDAR 3 TINGKAT DAN BERMULA DARIPADA RM299,000.00 HINGGA RM357,900.00 BAGI RUMAH TERES 2 TINGKAT. DALAM PADA ITU, PROJEK INI JUGA TURUT MEMPUNYAI FASILITI – FASILITI UNTUK KEGUNAAN BERSAMA KOMUNITI KAWASAN PERUMAHAN YANG TERDIRI DARIPADA SURAU, TASKA, DEWAN SERBAGUNA, GELANGGANG PERMAINAN, GELANGGANG SEPAK TAKRAW DAN GELANGGANG BOLA KERAJANG.


Kemudahan :

Kedai Runcit
Dewan Serbaguna
Surau / Masjid
Tadika
Lokasi :

Gambar Projek :
PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 Podium, Lot 2G6, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62652 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA

Pelawat :
Hari Ini
1,235
Bulan Ini
30,645
Jumlah Pelawat
6,473,031
Tarikh Akhir Kemaskini: 22/01/2024
Hak Cipta Terpelihara 2018. Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Sesuai dipapar menggunakan Chrome versi terkini dengan paparan 1280x800.